Tuesday 31 March 2015

Keistimewaan Garam Buluh.



Assalamualaikum.. hari ni terasa nak update blog pulak..hehe..macam lama sangat pulak tak menulis..eh menaip..nak share pasal ape ye..ok, anis share pasal keistimewaan Garam Buluh lah.

Soalan yang selalu orang tanya, apa beza Garam biasa dan Garam Buluh?

ok..meh anis terangkan..Garam buluh dan Garam biasa adalah dua bahan yang berbeza..

Garam Buluh adalah Garam yang di masak di dalam buluh secara berulang kali dan ditutupi dengan tanah liat dan di bakar menggunakan pokok pine pada suhu 1000 degree dan akan menghasilkan cecair dan ketulan bernama garam buluh dan ianya bersifat Alkali.

Manakala Garam Biasa adalah Garam buatan zaman moden yang mengandungi 99% Natrium Klorida dan bersifat asid dan banyak menggunakan aditif akibat proses pengilangan dan mengandungi bahan kimia. 


 


Soalan seterusnya yang orang akan tanya, Kenapa kita perlu bertukar ke Garam Buluh???

 Garam biasa kebanyakannya mempunyai bahan-bahan kimia dan mengandungi unsur-unsur pencemaran dan bersifat asid dan tidak memberikan apa-apa faedah kepada tubuh badan kita. Badan berasid adalah punca kepada pelbagai penyakit KRONIK dan penduduk bandar majoritinya mempunyai sifat badan ASID yang boleh membahayakan kesihatan. Badan yang berasid juga mengakibatkan pengoksidaan dalam badan dan boleh menyebabkan beberapa fungsi dalaman badan gagal.

Tahukah anda bahawa garam yang kita makan selama ini lebih BERASID dan KURANG sifat ALKALI ??? 
Tahukah anda bahawa sel-sel barah tidak boleh membahagi pada badan yang bersifat ALKALI ?? ini dapat menghalang sel kanser membiak.
Adakah kita tahu?? 

Oleh kerana sifat Garam Buluh yang beralkali, ia bertindak sebagai agen anti-pengoksidaan di dalam badan, membantu meningkatkan kandungan mineral di dalam badan dan membantu penyerapan zat-zat mineral di dalam badan.

Secara keseluruhannya, Garam Buluh bertindak
** Sebagai agen anti-oksida dan menyingkirkan toksin dari dalam badan
** mengandungi kandungan mineral yang tinggi (80 jenis mineral yang diperlukan badan)
** Tinggi kandungan Magnesium
** bersifat ALKALI
** tiada unsur2 pencemaran dan sangat bagus untuk kesihatan badan
** membantu pelawasan dalam sistem penghadaman badan 

 
so, dengan banyaknya kebaikan garam buluh , siapa yang sesuai untuk  menggunakan Garam Buluh??

Sebenarnya, semua peringkat umur patut menggunakan garam buluh, kerana selain merawat, bagus digunakan untuk melindungi kesihatan dan mencegah.

Garam Buluh juga sangat bagus untuk pesakit Kencing manis (Diabetes), Darah Tinggi (Hypertension), Jantung, Batu Karang, Lelah (Asthma), penyakit kulit dan lain-lain lagi.


Cara pengambilan Garam Buluh sangat mudah,

Pertama, boleh digunakan semasa memasak dengan hanya gantikan garam biasa dengan garam buluh.

Kedua, boleh minum Garam buluh Premier Drink untuk minuman.

Ketiga, Kapsul garam buluh untuk pengambilan harian.

Keempat, boleh mengambil Mineral Cofee yang juga mengandungi garam buluh sebagai sarapan atau ketika minum petang.

______________________________________________________________________

Dah panjang lebar anis share pasal kebaikan Garam Buluh ni, dan sebab anis sendiri memang minum Mineral Kopi dan kami satu keluarga memang guna sabun Marine Essence dengan Body Wash dan Nourishing Shampoo, antara kesan positif yang anis sendiri rasa bila minum dan guna produk berasaskan Garam Buluh ni ialah:

** tiada masalah sembelit, badan pun rasa ringan je

** dah tak sakit kepala
** bila minum mineral kopi, rasa kenyang so kurang makan junk food or kudapan yang tak berkhasiat

** kulit pun tak kering, dah takde masalah jerawat dan sebagainya
Nak tau lebih lanjut tentang produk berasaskan garam buluh, boleh contact anis @ 0133470307.
Thank you!!!

Monday 30 March 2015

Mineral Coffee dan Diet.

Assalamualaikum.. Tetibe arini rajin pulak nak update blog.hee..tadi anis dah share pasal bioseleza, ni anis nk share pulak pasal mineral kopi..bukan ape, tadi baru je berwasap dengan adik, die tgh diet nk turunkan berat badan, dan die nak minum mineral kopi..haa, mesti tertanya2 kan, ape kaitan mineral kopi dan diet..
Well, ni lah yang anis nak share..kaitan nye adalah, bila minum mineral kopi, rasa kenyang sbb mineral kopi ni bukan mcm kopi 3 in 1 yang lain..kopi ni ada garam buluh (nanti anis share pulak kebaikan gatam buluh) yang baik untuk kesihatan plus ada campuran koko yang buatkan rasa kopi ni sedap sangat..minum mineral kopi akan buatkan kita rasa kenyang, jadi bila kenyang, takdelah kita nak mengunyah je..so automatically kita akan kurang makan dan boleh turunkan berat badan..
Tapi...tak gastrik ke bile tak makan..? Hee takpun..sebab garam buluh itu sendiri elok untuk pulihkan gastrik..tak caye meh anis share testimonial on mineral coffee..




Ada banyak lagi positive feedback on mineral coffee ni..nak tau lagi, boleh WA anis ye..0133470307..
Terima kasih!!!


Bioseleza feminine pad.

Assalamualaikum..arini anis nak share pasal kebaikan bioseleza..tapi instead of anis tulis panjang-panjang, anis just share je all the positive feedback yang client dah bagi sejak guna pad bioseleza ni..so let the product speaks for itself..haha..walaupun sebenarnya orang jugak yang cakap..produk ni mana ade mulut, ye dak? Hehe..ok so here i go..






Kalau nak tau lebih lanjut, boleh je WA anis..sharing is caring..ada lagi testimoni yang anis sharekan di instagram anis @aniesyaz_wani ☺️.. Feel free to check it out, ye..
Terima kasih!!! 




Monday 2 March 2015

Anakku, Ultraman Kids dan RobocarPoli..

Apabila lama bercuti dan hanya duduk di rumah, memang rutin harian tidak akan dapat lari daripada menonton televisyen..dan sejenisnya Anis, Anis memang suka tonton televisyen..😂😂 Favourite TV shows 👉 Supernatural, The Walking Dead, NCIS, Criminal Minds dan Castle. Sebenarnya banyak lagi, tapi itu lah yang sedang asyik sekarang..

Apapun, nak dijadikan cerita, Anis bukan selalu dapat tengok pun cerita-cerita tu..sebabnya, bila dah ada anak-anak ni, takkanlah diorang nak layan citer pasal pembunuh bersiri yang bunuh orang pastu gantung bawah jambatan,kan? 😅😅 makanya, daripada Criminal Minds dah bertukar jadi Ultraman Kids dan Robocar Poli..

Aqeef dan Aqrabien memang sangat sukalah dengan dua cerita katun ni..mujurlah bila ditonton bersama, memang ada terselit pengajaran yang bermakna dalam cerita-cerita ni macam persahabatan, semangat tolong menolong dan saling menghormati..lagu temanya pun Anis dah sampai hafal siap boleh nyanyi sekali.. 😂😂 

Si Aqeef kalau boleh setiap hari nak pakai baju tidur Ultraman nya ni..

Yang si Aqrabien, kalau boleh masuk dalam TV tu, dia pun nak berlakon sekali dengan Poli dan kawan-kawannya.. 😂😂
 
Lucu melihatkan telatah anak-anak ni..penyeri hidup, kata orang..jadi takpelah kalau ibu tak dapat nak tengok sangat si kacak Dean Supernatural tu..kita layan Amber dan Heli pun comel jugak kan?hehe..

Sekian.

Peringatan Buat Diri..

Mari berkongsi bersama..


Dari FB Ustazah Fatimah Syarha : Empat Masalah dan jalan PenyelesaianNya..
أربعة مشاكل وأربعة حلول

1- Jika Engkau diuji dengan Syahwat dan hawa Nafsu, maka periksalah SolatMu.
Firman Allah bermaksud: "Maka datang sesudah mereka suatu keturunan yang mereka telah melalaikan solat dan memperturutkan Syahwat hawa Nafsunya" [Q.S. Maryam: 59]
إذا ابتُليت بالشهوات فراجع حفاظك على الصلوات
{فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ}


2- Jika Engkau merasa keras hati, berakhlak buruk, dan sentiasa tidak berasa tenang, maka periksalah hubunganMu dengan ibumu dan baktimu kpdNya.
Firman Allah bermaksud: "Dan (Dia jadikan aku) berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka" [QS. Maryam: 32]
إذا أحسست بالقسوة وسوء الخلق والشقاء وعدم التوفيق
فراجع علاقتك وبرك بأمك
{وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا}


3- Jika Engkau merasa tertekan dan hidup dalam kesempitan, maka Periksalah hubunganMu dengan Al-Qur'an.
Firman Allah bermaksud: "Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku (Al-Qur'an- berdzikir), maka sesungguhnya baginya penghidupan yg sempit" [Q.S. Thaha: 124]
إذا شعرت بالإكتئاب والضيق والضنك في العيش
فراجع علاقتك بالقرآن
{وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا}
Dan...


4- Jika Engkau merasa kurang tegar dan teguh di atas kebenaran dan sentiasa rasa terganggu dan berasa gelisah, Maka periksalah bagaimana perhatianMu terhadap nasihat yg engkau dengar dari orang2 yg menyampaikan Nasihat kpdMu.
Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pengajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menjadikan Iman mereka menjadi TEGUH” [Q.S. Annisa: 66]
إذا أحسست بعدم الثبات على الحق والإضطراب
فراجع تنفيذك وفعلك لما تسمعه من المواعظ 
{وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُواْ مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتاً }


Moga moga Allah memelihara kita Mencari KeredhaanNya. 

Wallahua'lam.