Friday 25 December 2015

Dilwale. A Must Watch.

Assalamualaikum.
hai semua. lama tak update blog. busy sgt, kawan-kawan!! hahaha..hujung tahun ni, macam2 lah kena buat...

anyway, dalam sibuk tu, sempat lagi anis pegi dating ngn encik suami tengok wayang..hehe..citer apa? of course lah citer yang paling best tahun 2015, DILWALE. 



kenapa best? well...first, ada Shahrukh Khan...second, ada Kajol...third, lagu-lagu dalam citer ni semua best-best...dengar sekali, sampai sudah akan terngiang-ngiang kat telinga...sampai masuk mimpi, tau tak?!! haa, nak katenye sedap sangat tuh...


kalau kita baca reviews from the so-called movie critics, memang rata-rata akan membandingkan cerita ni dengan satu lagi filem yang release serentak iaitu Bajirao Mastani...tapi pada anis, sebelum kita nak membandingkan sesuatu tu, tengoklah dulu genre nya, setting nya, target audience nye...sangat tak fair sebenarnya membandingkan antara Dilwale dan Bajirao Mastani sebab both movies are totally different...seolah-olah membandingkan jenama Nike dengan jenama Chanel..satu jenama produk sukan, satu jenama aksesori wanita...kan ke pelik tu...lainlah kalau membandingkan antara Bajirao Mastani dengan Jodhaa Akbar ke, atau Dilwale dengan Dhoom 2 ke...haaa, sebab tu kadang2 boleh gelak jugak baca review from movie critics ni, banyak yang review sebab haters agaknya..

anyway, anis pun kalau nak review mmg akan jadi bias lah, sebab anis ni kipas susah mati SRK..hahaha..so tak fair jugaklah kalau anis nak tulis kenapa Dilwale lebih bagus dari Bajirao Mastani kan? so apa yang anis boleh share, from my personal point of view, is, Why Dilwale is a must watch movie, regardless of whether you are a fan of SRK or not.

first, Dilwale ada semua elemen yang kita memang tau patut ada dalam filem Hindustan. Ada cinta, ada aksi, ada lagu, ada lawak, ada sedih, dan ada gembira. Plus, kalau korang google lagu Gerua, perghh korang boleh tengok mmg lawa gila pemandangan...

second, korang seolah-olah menonton bukan satu, tapi banyaaaakkkk citer SRK...kejap mcm tengok DDLJ, kejap mcm tengok KKHH, kejap macam tengok KKKG, kejap macam tengok DEVDAS, kejap macam tengok DON, dan kejap macam tengok JOSH...haaa, terbaik kan..macam kompilasi pulak...so kalau korang ada memories on all those movies, mmg rasa mcm walking down the memory lane lah..

third, yang ni pun rasa mcm nak gelak jugak...korang akan rasa amazed..macamana Kajol boleh jadi lawa gila, dan SRK, perghh..masa muda taknak pulak dia smart mcm tu..kena tunggu umur 50 baru nak hot..hahaha oh satu lagi, masa SRK jadi Kaali...huhuhuhuhu...macho gila baq hang!!!!! hahhhhaha


fourth, Dilwale ni takde dialog yang panjang lebar atau luahan hati yang menyentuh jiwa meleret2 mcm filem yang lain..dialog die simple je..contoh masa Kaali nak meluahkan kebencian terhadap Meera walaupun sebenarnya dia sangat cinta, dia just cakap "mulai hari ini, jangan tunjuk lagi muka kau depan aku. aku akan bunuh kau"...tapi sambil dia ckp tu, mata berkaca2, alahai sedihnyaaaa...haa gitu...sama jugak masa Meera cakap tak sangka dah 15 tahun tak jumpa, Kaali cakap "bukan, 15 tahun, empat bulan, sepuluh hari"...kalau orang lain yang sebut macam tu, memang rasa macam nak baling kerusi sebab geli yang amat..hahha tapi sebab SRK yang sebut, korang akan teringat macamana dalam DEVDAS, dia siap kira saat lagi..memang akan rasa sweet sgtt..hahaha 


fifth, part kelakar dalam citer ni, memang lawak habis...suami anis, jenis yang susah gelak tau...tapi die boleh gelak sampai berair mata siap tak kuar suara, sbb perut sampai senak...haa kalau dah macam tu anis describe korang still tak gelak lagi bile pegi tengok, taktau lah korang jenis kebal tara mana..hehe

oklah, panjang pulak dah anis taip ni..yang penting, penutup 2015, anis tutup dengan pegi tengok Dilwale...penantian yang berbaloi dan anis rasa kalau korang pegi tengok citer ni, korang pun akan rasa yang sama jugak..

hehe..
Selamat menonton!!

kirim salam pada Kaali tau..hahaha