Thursday 11 May 2017

Malam Nisfu Syaaban.

* MALAM NISFU SAABAN & KELEBIHAN YANG BERGANDA TAHUN 1438

Maghrib 11.5.2017 bersamaan Khamis malam Jumaat ini akan masuklah 15 Syaaban 1438H iaitu Malam Nisfu Syaaban. Disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan istighfar, berzikir dan membaca Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Apabila melepasi tengah malam maka bangunlah (qiam) untuk menunaikan ibadah-ibadah sunat seperti Sunat Tasbih, Sunat Tahajjud, Sunat Taubat, Sunat Hajat, Sunat Syukur dan lain-lain ibadah seperti membaca al-Quran dan berzikir serta disudahi dengan Sunat Witir.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”  (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Riwayat lain kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Justeru, marilah kita bersama-sama untuk menghidupkan malam Nisfu Saaban yang berkebetulan jatuh pada malam Jumaat. Dua malam yang bercantum pada satu masa insyaALLAH keberkatannya berganda. Wallahua’alam

Thursday 4 May 2017

My baju raya.

Puasa pun belum, dah sibuk beli baju raya.
Apa lah.
Hahaha.
Takdelah. Anis memang nak prepare awal tahun ni. Bulan ni prepare baju sendiri, bulan depan nanti baju anak dan suami pulak. Bagus bila kite prepare awal. So nanti masa Ramadhan, tak perlu kalut-kalut.

Hee.
So far, anis dah beli 3 baju raya yang anis memang betul berkenan. Alhamdulillah, order dari Personal Shopper, item selamat sampai, dan memang cantik dan saiz pun muat. 

So this is my first baju raya, from Ashhannas.


Anis order dari PS @ps.nad. Servis terbaik. 

Yang ni pulak from Minimalace. Taktau kenapa berkenan sangat dengan lace nya. Ibu tengok, ibu ckp mcm baju pengantin. Hahaha. Pengantin tua. 🙊


Anis order from PS @thekekabu_apparel. Pun servis terbaik jugak. Cepat sampai item.

Yang ketiga, from Calaqisya. Anis minat sebab kaler powder blue. Tak de lagi baju kurung kaler ni.


Yang ni anis order from PS @adele.my . Cepat respond and servis pun tip top.

Anis suka beli dari PS sekarang sbb anak dah 3, bukan senang nak shopping bila bala tentera semua ada. Sorang berlari, sorang nak susu, sorang nak balik. Kesian ayahnya nanti. Ibunya ni kalau memilih baju, lama.

Ok lah . Itu je cerita pasal baju raya anis. Kalau ada lagi, nanti kite sambung. Jubah from Bellaammara dan Minaz Blooming Raya 2017 pun lawa2 ni. Leeyanarahman pun cantik. 

Ok. Daa.

Seronok ke bekerja?

Dah lama sebenarnya tak rasa enjoy kat tempat kerja. 
Bukan tak suka dengan kerja sekarang, tapi mungkin sebab dah lama kot. 11 tahun di tempat yang sama, lemau kot rasa.
Yang bagusnya, sebab pelajar bertukar setiap 2 semester, jadinya pengalaman mengajar tu memang berubah mengikut pelajar. And most of the time, Anis seronok je bila masuk kelas. I enjoy teaching, especially kalau kelas tu rajin, funny, creative and happening. 
So nak dijadikan cerita, 3 hingga 5 mei anis ada Kursus Kompetensi Auditor Dalam Darul Quran di ILIM Bangi. Peserta tak ramai pun, 16 orang je, tapi rasa seronok sebab semua hadir dan semua komited. 
Bukan senang tau nak dapat pasukan yang sama komited dan sama cakna zaman sekarang ni. Ramainya yang suka pentingkan diri ataupun tak mau ambiltahu dan kerja asyik mengkritik je.

So ni ada a few pictures of those yang datang kursus yang memang sangat best dan komited semua.








Monday 1 May 2017

My current playlist.

They say...




So currently these are the songs that i keep on playing on my playlist:

Something just like this
Amboi
Janam janam
Kullul Hubbi
Kalah dalam Menang
Bukan Propaganda
Hanya padamu
Selamanya Cinta
Dirgahayu
Dahsyat
Immortal love song

There are also bunch of old songs, like:

Chaiyya chaiyya
Beat it
Billy Jean
Mengapa
Senja Nan Merah
Shape of My Heart
Bole Chudiyan
Forever
The Power of Love

Cause, you know,



I also love korean drama ost and a few kpop songs:

Ost DOTS
Ost On the way to the Airport
Haru haru
Lets not fall in love
Will you be allright
Mr Simple

The thing is, i like to listen to them over and over again, until i get bored, but nonetheless, i never get rid of them completely. After a while, it feels nice just to be able to listen to them again.


And it feels so much better if I can sing to it bit by bit. Though I am a horrible singer. Hahaha.



So.
How about you?
What are your favourite songs?