Monday, 19 February 2018

Apa itu G8 Unity.

Apa itu G8 UNITY?

UNITY adalah sebuah komuniti perniagaan yang dibentuk dari gabungan 8 Network CDM dibawah kepimpinan hebat CDM Hanis Haizi, antaranya CDM Salha Zain & CDM Alfaath, CDM Mursyida & CDM Azizul, dan CDM Shaliza Aziz & CDM Mohd Ridhuan. 

G8 UNITY diwujudkan dengan tujuan utama untuk mempermudahkan perhubungan dan saluran informasi antara semua ahli G8 UNITY (G8preneurs) dalam mendapat ilmu perniagaan, bimbingan, motivasi, rujukan, info, update syarikat dan perkara yang berkaitan dengan perniagaan untuk semua ahli dalam perjalanan merealisasikan impian dan kejayaan.

VISI G8 UNITY


"Menyatukan Glampreneurs dibawah satu komuniti untuk memperkasakan antara satu sama lain"

MISI G8 UNITY


"Melahirkan 50 CDM (Crown Diamond Manager) yang berketerampilan dengan minimum 1 Juta jualan sebulan"

G8 CORE VALUE


1. People (Usahawan G8)
2. Leadership (Berkepimpinan)
3. Passionate (Bersemangat)
4. Competetive (Berdayasaing)
5. Result Oriented (Mengutamakan hasil)
6. Bold (Keberanian)
7. Fast (Pantas bertindak)
8. Fun (menyeronokkan)

Jadi sebahagian dari G8 Unity hari ini & bersama kita bina Auto Pilot Income RM50,000 sebulan.

Contact me +60133470307 for more info.

Tips untuk berjaya. #g8unity

Biasa kita hadapi masalah dan merasa masalah tersebut tersangat la besar besar? (Macam kita sorang je yg ada masalah terbesar😂)

Betul lah tu. Saya setuju dan faham apa yang sedang di rasai.

Cuma.. agak terkejut dan kagum sebab walau diduga berat begitu pun kita masih lagi bertahan dan dapat menghadapinya sampai saat ini. 

Sungguh Luar biasa kan
Hebat nya diri kita kan

Saya tak tahu apa dan bagaimana, tapi saya percaya dan yakin, ada sesuatu yang hebat dalam diri kita. Sesuai dengan masa dan keadaan, kita pasti berjaya bebas daripada masalah tersebut.

.

Saya kongsikan TipBawahSedar untuk kita mula dorong dan bantu diri sendiri supaya keluar daripada isu yang ada. 

Buat dapat, tak buat tak dapat.

.
1. Perbanyak Berdoa. Doa itu senjata paling sakti. Usah ragu, minta dan berharaplah kepada yang Maha Kuasa. Maksimumkan doa lebih dari biasa. » Isu ramai orang, dia berdoa tapi tak maksimum. Kadang-kadang saja berdoa. Bukan sikit-sikit mesti nak berdoa.

.
2. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 cara menurut anda ia dapat membantu selesaikan isu yang ada. Tuliskan pada kertas dengan jelas. » Menulis dapat mempengaruhi bawah sedar.

.
3. Tanya pada diri, berapa besar pentingnya isu tersebut perlu selesai? Apa sebab pentingnya ia mesti diselesaikan? » Ramai orang tak jelas kenapa dan untuk apa sesuatu perkara itu penting dicapai.

Selalunya, bila BIG WHY atau Matlamat jelas. Bawah sedar akan bergerak dengan sangat baik. Akan lahir pelbagai kuasa dorongan atau bertindak tanpa tapi dan nanti.

Asingkan dan kenalpasti mana yang perlu dan belum perlu.

.
4. Action plan. Dalam banyak-banyak cara atau perancangan. Kita nak bermula dengan cara yang mana satu dahulu? Susun dan mulakan.

Mulakan dengan cara yang paling mudah > sederhana dan kemudian barulah > yang susah (susah tak bermakna tak boleh buat kan?)

Arahkan fokus bertahap dengan betul. Ramai orang stuck bila fokus pada perkara berat dan susah dulu sedangkan ada banyak cara mudah yang belum ia buat pun.

.
5. Rujuk orang atau circle yang betul. Rajin bertanya. Kadang, solusi ada pada orang lain berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka dan ia dapat membantu kita selesaikan isu yang ada.

Ini dapat merendahkan kadar risiko/kerugian berbanding cuba-cuba sendiri.

.
6. Monitor pengaruh tindakan harian untuk capai matlamat yang diset. Cuba gunakan gaya Teknik Memo Harian. Tulis > Tampal > Baca > Lupakan dan Bertindak.

Semoga bermanafaat untuk kita pertingkatkan lagi kualiti kehidupan kita.

Thursday, 11 May 2017

Malam Nisfu Syaaban.

* MALAM NISFU SAABAN & KELEBIHAN YANG BERGANDA TAHUN 1438

Maghrib 11.5.2017 bersamaan Khamis malam Jumaat ini akan masuklah 15 Syaaban 1438H iaitu Malam Nisfu Syaaban. Disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan istighfar, berzikir dan membaca Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Apabila melepasi tengah malam maka bangunlah (qiam) untuk menunaikan ibadah-ibadah sunat seperti Sunat Tasbih, Sunat Tahajjud, Sunat Taubat, Sunat Hajat, Sunat Syukur dan lain-lain ibadah seperti membaca al-Quran dan berzikir serta disudahi dengan Sunat Witir.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”  (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Riwayat lain kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Justeru, marilah kita bersama-sama untuk menghidupkan malam Nisfu Saaban yang berkebetulan jatuh pada malam Jumaat. Dua malam yang bercantum pada satu masa insyaALLAH keberkatannya berganda. Wallahua’alam