Wednesday 12 October 2016

Rahsia berjaya dalam Sahajidah Hai O.

Better late than never.

Nak kaya? Buat bisnes.

Kata org.

Tapi, senang ke bisnes ni?

Well, kejayaan tak datang bergolek, kawan-kawan. Kejayaan bukan bola. Bola pun kita kena sepak dia dulu baru dia bergolek.

Hari ni, CDM yang Anis sangat kagumi dalam bisnes Hai O ada berkongsi pesanan yang pada Anis, sangat bernilai. Dalam bisnes, yang paling mencabar bukan saingan produk lain, tetapi kekuatan diri sendiri. Jadi sebagai peringatan kepada diri sendiri, juga kepada rakan kongsi yang lain, ini adalah ringkasan pesanan tersebut.

"RAHSIA BERJAYA DALAM SAHAJIDAH HAI-O"

1. MENJADIKAN KERJAYA DI SAHAJIDAH HAI-O SEBAGAI KERJAYA TERPENTING
- jangan bawa sikap main-main
- ramai gagal kerana tak fokus buat 1 bisnes

2. MEMPUNYAI MENTALITI SEBAGAI BUSINESS OWNER
- jangan tunggu dan harap orang lain buat tindakan
- jangan terbawa minda pekerja makan gaji dalam bisnes
- setiap kali ada soalan, fikir dahulu sendiri jawapan, baru tanya dan check balik dengan upline ( tak boleh harap semua pemimpin nak bagi all the time) 

3. SEDAYA UPAYA BERUSAHA MENUJU KEJAYAAN
- jangan risau pasal kegagalan
-jangan takut untuk cuba
-mesti usaha dengan kesungguhan

4. TERUSKAN MENCUBA
- jangan mudah give up bila ada masalah
- dunia masih belum berakhir kalau tak berjaya lagi
- sentiasa ada jalan keluar, ada jalan penyelesaian, jadi usaha lagi

5. ANGGAP MENGHADIRI KELAS/SEMINAR/MAJLIS/MEETING SEBAGAI TUGAS YANG PENTING
- punca kurang berjaya kerana sentiasa lebih nak rehat berbanding nak hadir
- kalau kita tak pergi, rakan kongsi confirm tak pergi
- jangan pernah rasa bosan untuk dengar benda yang sama di majlis ilmu kerana orang lebih berjaya dari kita pun sentiasa hadir. 

6. ENJOY BERJUMPA DAN BUAT SHARING, TINGKATKAN PENGALAMAN TANPA HENTI
- jangan malu
- jangan fikir negatif 
-jangan bimbang penolakan
- GAGAL adalah kerana kurang jumpa dan sharing

7. TIDAK BOLEH PILIH ORANG UNTUK SHARING
- do not prejudge
- belum buat, jangan fikir gagal dahulu
- semua orang berhak untuk berjaya
- tugas kita nak sampaikan perkongsian sahaja, tak cuba, kita tak tahu

8. IMPIAN YANG BESAR, MATLAMAT YANG JELAS! 
- perlu ada setting matlamat jelas apa kita nak 
- perlu ada sasaran target, dan bila nak capai
- berani untuk berimpian besar

9. TINDAKAN, BANYAK BERTINDAK DAN BERTERUSAN
- ramai gagal kerana berpunca dari kurang tindakan
- ramai tidak dapat kenal pasti masalah sebenar adalah tindakan
- tanpa tindakan, ilmu tidak berguna. Jadi ilmu yang dipelajari tidak dapat dikuasai 

10. TEGUH HINGGA BERJAYA
- buat sampai dapat
- buat sampai jadi
- kuatkan jati diri, kentalkan hati, tak peduli apa jadi, tetap fokus untuk berjaya 💪🏻


Nak berjaya, hati kena kuat. 

No comments:

Post a Comment