Monday 19 February 2018

Tips untuk berjaya. #g8unity

Biasa kita hadapi masalah dan merasa masalah tersebut tersangat la besar besar? (Macam kita sorang je yg ada masalah terbesar😂)

Betul lah tu. Saya setuju dan faham apa yang sedang di rasai.

Cuma.. agak terkejut dan kagum sebab walau diduga berat begitu pun kita masih lagi bertahan dan dapat menghadapinya sampai saat ini. 

Sungguh Luar biasa kan
Hebat nya diri kita kan

Saya tak tahu apa dan bagaimana, tapi saya percaya dan yakin, ada sesuatu yang hebat dalam diri kita. Sesuai dengan masa dan keadaan, kita pasti berjaya bebas daripada masalah tersebut.

.

Saya kongsikan TipBawahSedar untuk kita mula dorong dan bantu diri sendiri supaya keluar daripada isu yang ada. 

Buat dapat, tak buat tak dapat.

.
1. Perbanyak Berdoa. Doa itu senjata paling sakti. Usah ragu, minta dan berharaplah kepada yang Maha Kuasa. Maksimumkan doa lebih dari biasa. » Isu ramai orang, dia berdoa tapi tak maksimum. Kadang-kadang saja berdoa. Bukan sikit-sikit mesti nak berdoa.

.
2. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 cara menurut anda ia dapat membantu selesaikan isu yang ada. Tuliskan pada kertas dengan jelas. » Menulis dapat mempengaruhi bawah sedar.

.
3. Tanya pada diri, berapa besar pentingnya isu tersebut perlu selesai? Apa sebab pentingnya ia mesti diselesaikan? » Ramai orang tak jelas kenapa dan untuk apa sesuatu perkara itu penting dicapai.

Selalunya, bila BIG WHY atau Matlamat jelas. Bawah sedar akan bergerak dengan sangat baik. Akan lahir pelbagai kuasa dorongan atau bertindak tanpa tapi dan nanti.

Asingkan dan kenalpasti mana yang perlu dan belum perlu.

.
4. Action plan. Dalam banyak-banyak cara atau perancangan. Kita nak bermula dengan cara yang mana satu dahulu? Susun dan mulakan.

Mulakan dengan cara yang paling mudah > sederhana dan kemudian barulah > yang susah (susah tak bermakna tak boleh buat kan?)

Arahkan fokus bertahap dengan betul. Ramai orang stuck bila fokus pada perkara berat dan susah dulu sedangkan ada banyak cara mudah yang belum ia buat pun.

.
5. Rujuk orang atau circle yang betul. Rajin bertanya. Kadang, solusi ada pada orang lain berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka dan ia dapat membantu kita selesaikan isu yang ada.

Ini dapat merendahkan kadar risiko/kerugian berbanding cuba-cuba sendiri.

.
6. Monitor pengaruh tindakan harian untuk capai matlamat yang diset. Cuba gunakan gaya Teknik Memo Harian. Tulis > Tampal > Baca > Lupakan dan Bertindak.

Semoga bermanafaat untuk kita pertingkatkan lagi kualiti kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment