Saturday 22 April 2017

Inspirasi.

Kata orang, hidup perlu ada sumber inspirasi. Motivasi diri juga perlu dicari. Tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi. 

Dalam bisnes, sumber inspirasi dan motivasi datang dari mentor dan juga contoh kejayaan mereka yang bermula dari bawah sehinggalah berjaya mencipta nama dan label sendiri, tidak kiralah apa jua cabang bisnes, sama atau berbeza dengan kita.

Bercerita tentang sumber inspirasi dan motivasi apabila berBisnes dengan Sahajidah Hai O, betapa beruntungnya usahawan SHOM ialah, cerita kejayaan usahawan SHOM sangat banyak. Saban tahun bertambah usahawan yang mencapai pangkat tertinggi iaitu Crown Diamond Manager dan itu membuktikan bahawa platform bisnes dengan SHOM adalah sangat relevan dan memang membuahkan hasil.

Selain mentor sendiri, cerita kejayaan sifu bisnes dari kumpulan lain juga adalah sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dicontohi. Bagaimana mereka bermula, cabaran yang mereka hadapi, semua itu boleh dijadikan sumber kekuatan dan peringatan bahawa "jika mereka boleh, kau juga pasti boleh".

Dalam bisnes, titik tolak kekuatan adalah dari diri sendiri. Walaupun kita mempunyai group support yang kuat, tanpa kekuatan dalaman diri, semuanya takkan berhasil. Dengan tekad dan keazaman, walaupun tanpa mentor ataupun group support, kita boleh bergerak sendiri dan tetap maju ke hadapan kerana apa? Kerana kita sendiri yang menginginkannya.

It all comes down to how much and how bad you want it. 

Jadi peringatan untuk diri sendiri, stop complaining and whining. If you want it, come and get it. 

Nobody said it is going to be easy; but surely, it is going to be worth it.

Road to CDM!!!!
Fighting!!





No comments:

Post a Comment